Kenyataan Privasi

Kami mengambil berat tentang segala maklumat dan privasi para pelanggan kami dan hanya menggunakan maklumat peribadi seperti yang dinyatakan di bawah.

Perlindungan maklumat adalah berdasarkan kepada kepercayaan. Privasi anda adalah penting bagi kami dan kami hanya akan menggunakan nama dan maklumat berkaitan anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Kenyataan Privasi ini.  Kami hanya mengambil maklumat berkenaan anda atas keperluan urus niaga yang berkaitan dengan kami sahaja.

Kami akan menyimpan maklumat tersebut selagi ia dikehendaki oleh undang -undang atau ia masih berguna untuk tujuan tersebut sebagaimana yang diketahui.

Anda boleh menggunakan laman web Madamco.com  tanpa perlu memberikan maklumat peribadi.  Semasa menggunakan laman web Madamco.com , anda tidak akan dikenali dan kami tidak akan mengetahui siapa diri anda kecuali anda mempunyai akaun dan telah masuk ke akaun anda dengan menggunakan pengenalan diri dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, kami amat berbesar hati untuk menerimanya dan anda boleh menghantarnya ke alamat kami atau e-melkan kepada hello@Madamco.com 

 

Pengumpulan Maklumat Peribadi

MadamCO tidak menjual, berkongsi atau melakukan perniagaan maklumat peribadi pelanggan yang telah dikumpulkan di dalam talian dengan pihak ke tiga.

Maklumat peribadi yang diterima di dalam talian akan hanya diketahui di kalangan pekerja syarikat MadamCO untuk kegunaan dalaman sahaja.

Apabila anda membuka akaun MadamCO, maklumat peribadi yang kami kumpulkan termasuk :

Nama
Tarikh Lahir
Jantina
Nombor Telefon
Nombor Telefon Mudah Alih
Alamat e-mel
Alamat Penghantaran

Maklumat peribadi yang kami terima daripada anda akan digunakan untuk tujuan berikut :

Untuk penghantaran barangan yang telah dibeli oleh anda di MadamCO
Untuk memaklumkan kepada anda tentang penghantaran barangan
Untuk tujuan tugasan Khidmat Pelanggan.

Untuk memaklumkan kepada anda berkenaan dengan keterangan barangan.

Untuk memproses pesanan dan menyediakan anda maklumat dan  perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web kami seperti yang diminta oleh anda.
Maklumat yang diberikan juga akan digunakan untuk manguruskan akaun anda dengan kami, pengesahan dan menjalankan urusan kewangan berkaitan dengan pembayaran yang telah dibuat secara dalam talian, menyemak muat turun data dari laman web kami, menambah baik lakaran dan/atau isi kandungan muka surat laman web kami dan menggubahnya untuk kegunaan pelanggan, mengenal pasti pelawat-pelawat ke laman web kami, menjalankan kaji selidik ke atas demografi pengguna, penghantaran maklumat kepada anda berkenaan dengan produk-produk dan perkhidmatan kami, sekiranya anda tidak menolak daripada dihubungi untuk tujuan tersebut.

Kami berhak memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga bagi tujuan penghantaran barangan kepada anda (contohnya kepada penghantar atau pembekal).

Apabila anda berdaftar sebagai pengguna di laman web MadamCO, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar maklumat pemasaran dan/atau promosi dari semasa ke semasa.

Anda boleh menolak daripada melanggani maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan butang “tidak melanggan” di dalam laman web kami.

Bayaran yang telah anda buat melalui laman web akan diproses oleh agen kami. Anda hendaklah menyerahkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan kepada Agen atau laman web MadamCO dan anda hendaklah memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan.

Keterangan pesanan anda akan disimpan tetapi atas faktor keselamatan, ia tidak dapat disemak secara langsung oleh kami. Walau bagaimanapun, anda boleh menyemak maklumat tersebut dengan memasuki akaun anda di laman web MadamCO. Anda boleh melihat keterangan pesanan anda yang telah dikemas kini, termasuk yang baru ditempah dan pesanan yang akan dihantar dalam waktu terdekat dan menguruskan butir-butir alamat penghantaran, maklumat bank dan buletin yang anda langgani.

Anda hendaklah menjaga segala maklumat untuk memasuki akaun anda secara rahsia dan tidak membenarkan penggunaan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran. Kami tidak akan menanggung sebarang salah guna ke atas kata laluan kecuali salah guna tersebut adalah dari pihak kami.

 

Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan memasuki akaun anda di laman web MadamCO.

 

Perlindungan Ke Atas Maklumat Peribadi Anda

MadamCO memastikan bahawa segala maklumat yang diterima disimpan dengan selamat dan dijamin keselamatannya.  Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

Menghadkan kemasukan ke dalam maklumat peribadi pengguna.
Menyelenggara sistem produk untuk mengelakkan penggunaan komputer tanpa kebenaran.
Melupuskan segala maklumat peribadi dengan selamat sekiranya tidak diperlukan untuk tujuan penyimpanan kami.

 

Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat anda dengan organisasi-organisasi lain selain daripada syarikat-syarikat yang mana pihak ketiga mempunyai kaitan dengan penghantaran barangan yang telah ditempah dari laman web MadamCO. Dalam keadaan yang dikecualikan, MadamCO boleh mendedahkan maklumat peribadi anda, seperti keadaan di mana yang kami percaya pendedahan adalah diperlukan untuk mengelakkan ancaman kesihatan, atau untuk tujuan tindakan undang-undang. MadamCO komited untuk mematuhi Akta Rahsia Peribadi dan prinsip-prinsip Rahsia Peribadi Nasional.

Kami juga boleh untuk menggunakan maklumat anda untuk menghantar buletin berkenaan syarikat kami.

Sekiranya anda percaya bahawa rahsia peribadi anda telah disalah guna oleh MadamCO, sila hubungi kami di [email protected]  dan kami akan berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

 

Pengumpulan Data Komputer

Apabila anda melawat MadamCO, sistem kami secara automatik merekodkan segala maklumat yang anda layari sepanjang penggunaan tersebut.

Maklumat ini diambil untuk tujuan kajian dan penilaian untuk membantu kami meningkatkan mutu kualiti laman web MadamCO dan perkhidmatan yang kami sediakan. Data ini tidak akan digunakan berkaitan dengan maklumat peribadi.

 

Perubahan Ke Atas Polisi Privasi

MadamCO berhak untuk mengubah dan menukar Kenyataan Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan ke atas polisi ini akan dipaparkan di dalam laman web kami.

 

Rungutan Terhadap Maklumat Peribadi 

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kami melayani pertanyaan atau rungutan, sila hubungi kami di hello@Madamco.com .